Tutorial Grafik



Brochure

























Disney

















Grafik e-book




















Grafik Header




Grafik Footer

Baju Sikap Berkolar Tinggi

Baju sikap berkolar tinggi dipadankan dengan Baju Melayu songket dan tengkolok sedondon.

Baju sikap Pendek Dan Baju Bodo

Lelaki memakai Baju Sikap Pendek dari baldu berhiaskan renda emas. Pakaian ini dilengkapi dengan samping, seluar dan tengkolok bermotifkan bunga penuh. Manakala wanita pula memakai Baju Bodo kain organza, pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju Bodo bewarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket.

Jenis Baju Melayu

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Pakaian Melayu(Samping)


Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.
Pada asalnya samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Kini samping yang lebih pendek; kakinya hingga ke paras lutut lebih digemari kerana lebih ringkas dan lebih selesa dipakai.

Melayu Asli

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.

Perempuan Melayu

Kejelitaan Menyerlah..

Subhanallah.... wow.. lawanyer kakak-kakak dan adik-adik kita disebelah ni... gambar disebelah ini menunjukkan bahawa kaum wanita jaga turut memperjuangkan baju kurung daripada ditelan zaman walaupun kini dikatakan zaman moden.. mereka terdiri daripada liliey(unggu), Salina(merah), shabilah(hijau+hitam), nabila(kuning), Asmat(koko), Hayati(hijau)...