FILEM Geng: Pengembaraan Bermula.. mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Anugerah Pilihan Penonton di Festival Filem Untuk Kanak-Kanak Antarabangsa, Indonesia (KidsFest 2009) baru-baru ini.
Filem 3D animasi pertama Malaysia ini adalah satu-satunya filem tempatan yang dicalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati (Thailand), The Letter for the King (Holland), Mia & The Migoo (France), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan Teo’s Voyage (Mexico).
Filem hasil karya Produksi Les’ Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang berjaya menambat hati penonton buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex Indonesia pada 18 Julai lalu. Kembar kesayangan ramai ini pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun 2008.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply